Assalamualaikum semua, hari ni saya nk share pengalaman saya
sebagai seorang bekas pelajar matrik. Mesti ramai kan tertanya best ke matrik
ni? Susah tak belajar kat sana? Bole ke aku survive..
Okay saya pelajar Kolej Matrikulasi Johor sesi 2015/2016.
Saya pon mula-mula mcam korang dok google baca ini dan itu tentang KMJ(kolej
matrikulasi johor).Saya ni pelajar PST program satu tahun dan amik modul 2
sains. Mula-mula dapat tawaran modul 1 tapi saya tukar sebab tak minat nak
belajar biologi. Cerita sikit ttg modul. Untuk jurusan sains.. Ada 3 Modul.
Modul pertama subjek Biologi,Fizik,Kimia dan Math. Modul 2 subjek sama Cuma ganti
Biologi tu dgan sains computer. Modul 3 pulak ganti Fizik dgn sains computer.OKAY??
paham kan. Kiranya acah-acah la modul 2 ni mcm nk jadi engineer. Modul 3 ni mcm
doktor2 laa gitu. Tapi nnti masuk U korang pilih lain jugak HHAHAHAHAA.
Jadual belajar memang tough laa. Penat nak matii.. Pagi
sampai ke petang. Kadang-kadang ada yg sambung sampai ke malam. Disebabkan saya
belajar dkt johor en. So, cuti hari Jumaat dgn Sabtu je. Walaupon cuti, jangan
ingat korang bole tidur dri pagi sampai ke malam. Bertimbun tau keje yang nak
disiapkan.Setiap hari ada keje yg kene disiapkan dgn lab reportnya lagi,
latihan lagi. Peh boleh sado otak korang kluar sixpack hahahaha(okay hambar)
Sepanjang sem 1&2 ni banyak benda saya belajar. Sebab dkat
matrik semua baik2 masing-masing nk Berjaya sama-sama serious talk. Environment
belajar tu mmg ada. Kalau korang tak belajar tuh tak tahu la malas level ape
dah. Lecturer semua baik. Selalu bagi nasihat utk belajar. Punya la baik
lecturer ajar satu-satu dari awal. Sebab diorang tahu kita nak belajar Cuma perlukan
sedikit dorongan. Kawan nak study pon senang. Saja nak share kalau korang jenis
bersukan. Boleh la join KAKOM. Best gilerrr. Bila lagi nak main wakil negeri
orang en huhuhuhu. Best sponsor satu badan. Kasut dpt, baju,beg,seluar. Spenda je
sendiri-sendiri.
PAYUNG SIKIT BILIK(bilik besar jgan risau hahaha and selesa utk belajar.So bersyukur la kalau masuk KMJ)
Aktiviti dkt KMJ ni byk. Kalau korang pishang pergi jela
join. Usya awek ke usya pakwe ke kan?? Hahahahaha. Tapi ingt la jaga batas
pergaulan ye. Belajar jgn tinggal. Ingat tujuan utama korang gi sana. Niat nak
belajar nak banggakan mak ayah. Kalau yg tak perform time spm tu. Masa ni la
waktu untuk korang menyerlah. Korang kene rajin jumpa lecturer Tanya apa yg tak
paham. Study group bincang soalan sama sama. Siapkan kerja on time. Kalau tidur
dlm lecture pastikan balik bilik tnya kawan kau. Nak senang kalau malu Tanya membe
cina. Advantage bila kau rapat dgn cina. Aura diorang tu akan buatkan korang
rasa nk study tau.
So goodluck laa korang yang mana nak sambung study dkt Kolej
Matrikulasi. Jangan rasa down sebab kan kau tengok membe2 kau dapat asasi
bagai. Kau igt diorang pandai sgt ke?? Masuk matrik ni baru kau akann tahu yg
sbenarnya korang ni pandaii aku pon tak tahu kenapa hahahahah. Yang penting jgn
lupe utk create kenangan sbb matrik ni Cuma setahun je. Tapi yang skejap tu lah
yg penuh dihiasi dgn memori manis korang masa zaman study niii… Kata-kata
akhir, Belajar molek-molek and enjoy your studyJ
Macam mana nak tukar module eh?Sebbnya saya minat sains komputer tapi saya dapt module satu,hari pendaftaran tu boleh eh tukar?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesekarang sambung course ape?
ReplyDeletesekarang sambung course ape?
ReplyDelete